Sebelum ini, ada desas-desus yang mengatakan yang Nora Danish sedang giat melakukan persiapan untuk melangsungkan majlis perkahwinannya dengan Nedim Nazri. Malah Nora dikatakan telah pun menempah busana perkahwinan dengan pereka fesyen, Ashraff Zainal.
Artikel terdahulu:
Bagaimanapun, Nora telah tampil menafikan yang dia sudah menempah baju kahwin dan bakal mendirikan rumah tangga dengan Nedim dalam masa terdekat.
Menurut Nora, dia kini sedang sibuk dengan bidang perniagaan selain fokus kepada karier seninya.
"Mana ada saya tempah baju kahwin. Semua itu spekulasi dan saya belum ada perancangan untuk berkahwin dalam masa terdekat.
"Kalau betul nak kahwin, pasti saya akan umumkan kepada pihak media dan peminat. Rasanya saya tidak akan berahsia dalam soal begini," ujarnya dipetik sebgai berkata.
Tambahnya lagi, dia sudah lali dengan penyebaran berita seumpama itu di media sosial.
"Saya sebenarnya penat nak menjawab soalan yang sama. Jangan cepat percaya jika tersebarnya cerita saya bakal berkahwin sebab saya sendiri akan beritahu peminat.
"Saya juga seorang yang aktif di Instagram. Jika benar saya mahu berkahwin, sebulan sebelum majlis berlangsung saya akan umumkan di media sosial. Saya akan muat naik foto-foto persiapan perkahwinan untuk dikongsi bersama peminat," jelasnya.
Dalam pada itu, Nora memberitahu tidak merancang untuk mengadakan majlis perkahwinan secara besar-besaran, sekiranya berkahwin.
"Saya pernah cakap dulu, kalau kahwin sekalipun saya tidak akan buat majlis perkahwinan secara besar-besaran. Cukup sekadar akad nikad sahaja.
"Jangan risaulah...saya pasti akan umumkan kepada semua," katanya.
Sumber: Astro Gempak
________________________
-
:: FACEBOOK :: INSTAGRAM :: TWITTER ::
:: YOUTUBE :: SEJARAH MYARTIS ::
Follow @myartisdotcom
No comments:
Post a Comment