06 February 2016

JODOH MASIH KUAT - RAJA AZMI & EDDIE NIKAH SEMULA 26 FEBRUARI INI



Ikan di laut, asam di darat... dalam periuk bertemu jua!

Peribahasa ini amat bersesuaian sekali dengan Raja Azmi Raja Sulaiman yang bakal nikah semula dengan bekas suaminya Mohd Eddie Ghazali pada 26 Februari ini.





Untuk rekod, sebelum ini mereka pernah mendirikan rumah tangga pada 13 Oktober 2013, namun bercerai talak satu pada 11 November 2014 akibat masalah peribadi.

"Saya berharap agar perkahwinan kali kedua ini akan berkekalan sehingga ke syurga," ujar Raja Azmi dipetik sebagai berkata.

Difahamkan, majlis pernikahan mereka akan diadakan di Surau Taman Sering Ukay Perdana, Ampang.

Tahniah diucapkan. Moga pernikahan kali kedua ini akan berkekalan hendaknya.


Sumber: UM



         ________________________




No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...