06 February 2016

CEBURI BIDANG SENI - ANAK AZMIL MUSTAPHA BAKAL IKUT JEJAKNYA



"Mungkin sebab daripada ayah sendiri, jadi saya terikut-ikut mahu jadi sepertinya," demikian kata Mohd Bazli Zhafri, 22, anak lelaki tunggal pelakon era 1980-an, Azmil Mustapha yang mungkin akan meneruskan legasi bapanya apabila menyuarakan minat untuk mewarnai industri seni.

Melihat pada penampilan, Bazli sememangnya mempunyai pakej untuk bergelar anak seni jika bakatnya digilap.





Dengan paras rupa menarik dan ketinggian, Bazli tidak menolak peluang dan rezeki jika ada yang mahu melamarnya sebagai pelakon.

"Selain seni, saya juga minat kerja di bahagian produksi atau belakang tabir. Dulu pun saya pernah ikut ayah ke merata tempat untuk menerbitkan beberapa dokumentari.

"Pastinya lakonan ayah dalam filem Ali Setan antara yang saya minati. Selain itu, saya suka tengok lakonannya dalam filem Puteri Gunung Ledang walaupun tak banyak babak membabitkannya," ujar Bazli yang mengkagumi bakat ayahnya sendiri.



Kata Bazli, dia kini berehat sementara menjadi jurulatih kecergasan berikutan kecederaan akibat kemalangan jalan raya.

Ketika ini, beberapa produksi sudah menunjukkan minat untuk melihat bakat Mohd Bazli, termasuklah pemilik Zeel Production, Fadzil Teh.

Azmil ketika ditemubual BH baru-baru ini memberitahu yang dia tidak pernah menghalang minat anaknya itu untuk menceburi dunia seni biarpun beliau sendiri sudah berhijrah dan meninggalkan dunia seni. Malah, Azmil memberikan sokongan penuh jika anaknya mahu mencuba nasib dalam bidang itu.







         ________________________




No comments: