Tidak mahu berselindung, bekas isteri Salih Yaacob, Nor Raha Hamad, 47, mengakui hatinya kini lebih tenang dan mendoakan hanya terbaik bagi kelangsungan hidup pada masa akan datang.
"Ya, saya sudah berkahwin dengan seorang lelaki berusia 49 tahun yang sudah mempunyai isteri dan bapa kepada 13 orang anak. Ini adalah jodoh yang Tuhan telah tulis buat saya," ujar Raha yang kini bahagia bersama suami barunya yang hanya mahu dikenali sebagai Mr. Z yang dinikahinya Disember lalu.
Ingin tahu lebih lanjut mengenai perkembagan terkini dan pertemuan Raha bersama suami barunya, ikuti temubual media dengan anak kelahiran perak ini:
MEDIA: Nampak bersinar-sinar kebahagiaan di wajah Raha. Mungkin boleh kongsi sikit kehidupan sekarang.
RAHA: Jelas ke nampak bahagia itu? Alhamdulillah, saya bahagia sekarang. Kalau hendak diibaratkan, mungkin seperti burung yang bebas terbang di udara (ketawa). Mungkin tafsirannya agak berlebihan, tetapi jujur, itu yang saya sedang alami sekarang. Anak-anak pun sedang membesar dengan baik, keluarga pun sihat-sihat belaka. Semuanya baik-baik sahaja.
Kebahagiaan Raha dan Mr. Z terserlah meskipun dia berkongsi kasih dengan wanita lain
KEBAHAGIAAN
Raha dan Mr. Z terserlah meskipun dia berkongsi kasih dengan wanita
lain. - See more at:
http://www.utusan.com.my/hiburan/baru-rasa-ada-8216-suami-8217-1.187084#sthash.DF0KwHC5.dpuf
KEBAHAGIAAN
Raha dan Mr. Z terserlah meskipun dia berkongsi kasih dengan wanita
lain. - See more at:
http://www.utusan.com.my/hiburan/baru-rasa-ada-8216-suami-8217-1.187084#sthash.DF0KwHC5.dpuf
MEDIA: Sudah pun bergelar isteri walaupun baru saja bercerai. Boleh kongsi sedikit, bila Raha melangsungkan pernikahan dengan Mr Z?
RAHA: Ya, saya sudah berkahwin semula. Pada usia 47 tahun ini, saya tidak sangka akan ada lelaki yang sanggup melamar lagi. Sebenarnya saya risau juga. Maklum sajalah, siapa mahu beristerikan nenek kepada empat cucu seperti saya ini, kan? Syukur kepada Allah, jodoh saya untuk bergelar isteri buat kali ketiga masih ada. Suami saya sekarang berusia 49 tahun dan kami melangsung pernikahan di salah sebuah hotel di ibu kota pada Disember lalu.
MEDIA: Perkahwinan kali ketiga ini, saya difahamkan oleh Salih yang Raha merupakan isteri kedua juga, betul?
RAHA: Ya, betul. Alhamdulillah, isteri pertama menerima kehadiran saya dengan hati terbuka. Jujur, dia pada awalnya sukar untuk menerima saya, tetapi setelah mendengar dengan mulut saya sendiri apa yang saya alami semasa bersama Salih, dia mengerti derita diri ini. Malah, semasa majlis pernikahan saya dengan suami, dia turut hadir dan menyaksikan sendiri akad nikah dilafazkan suami kami. Ibu bapa saya, anak-anak juga menerima suami saya. Seperti saya kata, inilah jodoh.
MEDIA: Mungkin ada sebab lain juga yang menyebabkan Raha meminta cerai?
RAHA: Salih pernah menafikan masalah kewangan sebagai punca. Jangan tipulah. Duit kadang-kadang tidak diberi. Saya meniaga sendiri menjual rempeyek bersama anak-anak untuk menyara hidup.
Bukan bererti Salih lupa tanggungjawab, dia ada beri, tetapi mana cukup untuk kami lima beranak. Kadang-kadang anak pergi rumah isteri lain untuk meminta duit daripada bapa mereka, seperti pengemis saya lihat anak-anak saya.
Kadang-kadang, hendak bagi RM50 untuk berbuka puasa pun susah. Saya ingin juga melihat anak menjamu makanan yang sedap-sedap ketika berbuka, tetapi apakan daya, itulah rezeki kami pada ketika itu.
Bukan mahu membuka aib Salih, tetapi saya perlu tampil memberi tahu kebenaran supaya tiada pihak terus menuduh saya sebagai perempuan gatal atau punca perceraian. Cukuplah saya menderita selama ini. Saya cuma ingin bahagia.
MEDIA: Diceraikan oleh Salih, pernah atau tidak, Raha rasa ralat atau menyesal dengan tindakan itu?
RAHA: Menyesal? Tidak mungkin. Sejujurnya, saya lega. Hanya tuhan yang tahu betapa leganya saya ketika cerai dilafazkan. Seolah-olah derita yang ditanggung selama ini terlerai satu-persatu.
Sekiranya saya tidak berkahwin lagi pun, saya tetap dengan keputusan berpisah dengan dia. Saya selama ini menyara hidup sendiri. Memang agak sukar kerana Salih yang membayar rumah dan memberi nafkah, tetapi saya nekad. Malah, sebelum memohon cerai, saya sudah buat solat istikharah untuk memohon petunjuk daripada Allah. Alhamdulillah, saya kira inilah yang terbaik buat saya.
MEDIA: Tindakan Raha yang terus berkahwin selepas habis tempoh edah menimbulkan persepsi yang Raha sememangnya sudah mempunyai orang lain sebelum bercerai. Mungkin ada penjelasan.
RAHA: Apa yang saya boleh katakan, ini jodoh. Saya dengan suami sudah lama kenal kerana kami hidup berjiran semasa kecil dahulu dan dia merupakan pengerusi kepada kelab reunion yang saya sertai. Pada mulanya, kami kenal hanya sebagai rakan. Tiada istilah bercinta. Namun selepas saya diceraikan, dia melamar untuk mengahwini saya. Bagi saya itu bukan isu.
Saya berkahwin dengannya bukan kerana nafsu, tetapi rasa ingin disayangi. Saya ingin perhatian daripada suami. Saya tidak minta dibelai setiap saat tetapi cukuplah jika memberi rasa yang saya sebenarnya bersuami. Sekarang baru saya rasa perasaan itu. Memang usia perkahwinan kami masih baru, tetapi setakat ini Alhamdulillah, suami memberi kasih sayang seadilnya. Saya juga sudah memberi jaminan kepada isteri pertama yang dia tidak akan rasa seperti dimadukan. Itu janji saya untuk tidak merampas kasih antara mereka.
MEDIA: Di akhir bicara, mungkin Raha ada sesuatu yang ingin disampaikan.
RAHA: Saya anggap ini ketentuan Illahi, Jodoh pertemuan dan juga perpisahan adalah suratan dari-Nya. Kita sebagai manusia perlu menerima qada dan qadar yang tertulis untuk kita. Saya hanya memohon agar semua pihak mendoakan kebahagiaan saya dan keluarga. Saya selalu berdoa untuk diberi peluang sebegini. Alhamdulillah, tuhan makbulkan. Saya juga meminta agar isu perceraian kami tidak lagi dibangkitkan. Yang sudah berlaku, biarkan sahaja. Jangan anggap pendedahan saya ini sebagai serangan balas tetapi cuma ingin memberi penjelasan. Itu sahaja.
Sumber: UM
________________________
-
FACEBOOK - SANTAI - PAPARAZZI - NOSTALGIA - GALERI - YOUTUBE - ROMANTIKA - SEJARAH MYARTIS
- INSTAGRAM - TWITTER
Follow @myartisdotcom
No comments:
Post a Comment