26 February 2016

"TIADA HUBUNGAN CINTA ANTARA SAYA DENGAN DIA" - SITI NORDIANA



Sebelum ini, gosip hubungan cinta antara Siti Nordiana, 31, dengan pengurusnya sedang hangat diperkatakan di media sosial. Malah Nana dikatakan sudah bertahun-tahun menjalin hubungan cinta dengan pengurusnya itu.

Artikel terdahulu:

Bagaimanapun, juara Gegar Vaganza 2 ini telah tampil menafikan sekeras-kerasnya cerita yang kononnya dia kini menjalinkan hubungan dengan pengurus sendiri yang dikenali sebagai Anas.





Menurut Nana, dia menganggap gosip berkenaan sebagai resam untuk anak seni dan sekadar andaian sesetengah pihak yang pantas menjatuhkan hukuman. Kata penyanyi 'Cinta Hanya Sandaran' ini, dia tidak cepat melatah dengan cerita sebegitu.

Saat ini, katanya, dia selesa dengan status ibu tunggal kepada seorang anak lelaki, Mohamad Rayyan Nakhaie, hasil perkongsian hidup dengan pelakon drama, Mohd Faizal Yusup.

Untuk makluman, Nana dan Faizal berkahwin pada 2006 dan berpisah tiga tahun kemudian. Faizal yang kemudian berkahwin lain meninggal dunia akibat serangan jantung pada 2011.

Nana dan pengurusnya


"Memang tiada sebarang hubungan cinta antara saya dan Anas. Mungkin orang tengok dia selalu ke hulu ke hilir bersama saya atas urusan kerja, jadi mereka pantas menganggap adanya hubungan istimewa antara kami.

"Anas sudah lama menjaga kerjaya seni saya, sejak berada di bawah bumbung syarikat FMC lagi. Malah, saya juga mempunyai seorang pembantu peribadi wanita," ujar dipetik sebagai berkata.

Dalam perkembangan lain, Nana akan merakamkan single baharu tidak lama lagi.

"Saya sudah pun menerima sebuah lagu berkonsep pop yang belum diberi judul, hasil ciptaan Omar K. Cuma, saya belum sempat merakamkannya lagi. Sehingga kini, jadual saya masih padat dengan pelbagai undangan persembahan.

"Selain itu, saya juga sibuk menguruskan perniagaan jubah Paling Comel dan tudung di bawah jenama NanaRayyan," jelas Nana yang turut mencatat kemasyhuran hasil lagu duetnya bersama arwah Achik.


Sumber: BH



         ________________________





No comments: