25 February 2016

UCAPAN ANNIVERSARY YANG MENYENTUH KALBU AERIL ZAFREL BUAT ISTERI



Pada tahun 2012, merupakan detik paling bahagia buat Aeril Zafrel dan Wawa Zainal apabila disatukan sebagai suami isteri. Ini bererti sudah empat tahun pasangan ini mendirikan rumah tangga.

Walaupun ada sedikit kontroversi tentang perkahwinan mereka, tetapi kini mereka bahagia dengan kehadiran dua orang cahaya mata iaitu Ahmad Fakharuddin Attar berusia tiga tahun dan Hayla Maghfirahtul Adzkiyaa yang kini berusia enam bulan.





Menerusi laman Instagram Aeril, dia telah memuat naik video serta kapsyen yang menyentuh kalbu buat isteri tercinta sempena ulangtahun perkahwinan mereka.

"Selamat Ulangtahun ke-4 Pernikahan Kita....

"Rupanya waktu dan tanggal yang sama ini, masih basah kenangan 2012 itu - saat dikau kuperisterikan dengan penuh cinta kasih dan itu tak kan pernah berubah dan terkurang. Melainkan kian bertambah bila kita diamanahkan putera-puteri untuk dididik mencintai ALLAH & RASUL serta menyayangi agamanya.



"Terima kasih sayang kerana sudi terima diri ini menjadi pembimbing zahir batinmu. Perjalanan kita dan pelayaran bahtera perkahwinan masih jauh dan mudah mudahan tetap utuh. Doakanlah diri ini kelak dapat menuntun dirimu bersama anak anak kita menuju dan masuk ke SURGA ABADI nanti," demikian ayat romantis Aeril buat isterinya.

Kami ucapkan selamat ulangtahun perkahwinan ke-4 buat Aeril dan Wawa. Semoga kekal hingga ke jannah.








Klik link dibawah ini untuk tonton video

VIDEO



         ________________________





No comments: