15 March 2016

2 GAMBAR - BILA DATO' RED 'TAYANG' ADIRA MAKEUP MADU



Rasanya, dah lama kita tidak melihat gambar Adira Suhaimi berdua dan bermesra dengan madunya Datin Red. Kali pertama mereka bergambar begitu ialah ketika Datin Red mengumumkan dia bakal bermadu dengan Adira di laman IGnya.

Terkini, Dato' Red atau nama sebenarnya Datuk Seri Adnan Abu, telah sudi berkongsi sekeping gambar kemesraan isterinya itu dengan beberapa hashtag yang seolah memulang 'paku buah keras' pada pengkritiknya.

GAMBAR TERDAHULU




"Datin Red dan Adira???? hmmmmm abaikan yang mulut najisssssss wawawawawawa," ujar Datuk Red sambil meletakkan hashtag #selfreminder, #jagalakisendiri, #taktaujangansibok dan #akuyangkahwinkauyangpanas.

Mungkin tujuan Dato' Red berkata demikian sambil meletakkan hashtag panas itu disebabkan sebelum ini ada segelintir pihak yang mengutuknya mendakwa dia berat sebelah. Malah ada juga yang mempertikai mengapa gambar Adira dan isteri pertamanya jarang diketengahkan berdua sejak bermadu.

Jom tengok!

GAMBAR TERKINI ADIRA & DATIN RED



Foto: Dato' & Datin Red IG


         ________________________





No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...