15 March 2016

6 GAMBAR - LANGKAH AWAL FARA FAUZANA 'BERDAKWAH'



"Alhamdulillah, selesai sudah forum di Masjid Kota Damansara. Team @karnivalgengmasjid korang best.. cuma saya je yang tak puas hati dengan diri sendiri kerana tak full swing dalam forum tapi jangan serik ajak la lagi," demikian kata Fara Fauzana yang makin kerap menyertai pelbagai program agama bagi mempelajari dan mendekatkan diri dengan Allah SWT.

Tambah Fara: "Ustaz Dr Nik Salida - Terima kasihhhh sebab banyak bantu saya. Jujur saya siap buat pengakuan kat ustaz sebelum mula tadi yang saya tak pandai buka majlis ilmu dengan ayat2 atau mukadimah yang panjang. Dia senyum dan cakap "takpe, kita santai je".





"Adeila Ridzuan - Terima kasih atas perkongsian pengalaman dalam modeling muslimah dan sila jangan simpan dalam hati kalau ada kak Fara usik mengusik sebab sebenarnya diri ini panik tadi.

"Saya budak masih belajar. Salah dan silap harap teguri agar dapat menjadi seperti mereka yang didengari."

Doa kita, moga segalanya dipermudahkan oleh Allah SWT untuk Fara selepas ini. Amin.










Foto: Fara IG


         ________________________





No comments: