04 March 2016

4 GAMBAR - AMY MASTURA TAK HALANG ANAK-ANAK JADI ARTIS



Pelakon dan penyanyi Amy Mastura terpaksa menerima hakikat bahawa cintanya terhadap bidang seni, turut mempengaruhi pembesaran anak-anaknya yang terdedah kepada industri itu.

Oleh yang demikian, dia tidak menghalang kedua-dua anaknya, Adriana (15) dan Adelia (11) melibatkan diri dalam bidang seni yang penuh onak duri.





"Kami tidak pernah menghalang apa kemahuan mereka. Cuma, sebagai ibu saya memastikan mereka di landasan betul.

"Yang penting, pendidikan jadi keutamaan. Seperti sekarang meskipun Adelia sering terlibat pelbagai program seni, pendidikan tetap didahulukan," katanya yang akur bahawa mereka berhak membuat pilihan sendiri.

Bagaimanapun, katanya dia dan suami Alvin Tham Suffian, akan tetap memantau dengan tegas perkembangan seni anak-anaknya nanti.



Terdahulu, bercerita mengenai kerjaya seninya yang masih aktif walaupun sudah lama berumah tangga, katanya dia bersyukur kerana suami memahami kerjayanya sehingga kini.

"Dia sendiri tidak pernah meminta saya berhenti dalam bidang ini. Lagipun, masa saya untuk mereka sentiasa ada dan tidak sesibuk dahulu.

"Saya sendiri beri keutamaan kepada keluarga jika mereka memerlukan saya," ujar Amy.




Sumber: Sinar Harian- Foto: Amy IG



         ________________________





No comments: