19 March 2016

42 GAMBAR - MALAM BERINAI JIHAN MUSE BERTEMAKAN 'KEBAYA NYONYA'



Jihan Muse, 33, yang bakal menamatkan zaman solonya Ahad ini, telah mengadakan malam berinai pada malam ini dengan memilih tema 'Kebaya Nyonya'.

Jihan yang menjalin percintaan selama sembilan tahun bersyukur kerana hasratnya untuk mendirikan rumah tangga menjadi kenyataan.

Dalam pada itu, Jihan juga terharu kerana bakal suaminya, Ungku Hariz Ungku Faizal, 31, memahami malah setia menemaninya ketika melewati susah dan senang.





Jihan dan bakal suaminya bakal disatukan dalam majlis tertutup yang dihadiri keluarga dan rakan terdekat di Shah Alam.

"Alhamdulillah setelah sembilan tahun menyemai kasih akhirnya kami bakal disatukan sebagai suami isteri pada Ahad ini.

"Jadual yang padat antara faktor kami mengambil masa yang lama untuk berkahwin," ujar Jihan dipetik sebagi berkata.



Dalam majlis tersebut, Jihan kelihatan anggun berkebaya nyonya berona merah jambu dan pakaian sama dikenakan oleh kebanyakan tetamunya yang hadir bagi memeriahkan majlisnya malam ini.

"Seperti kawan rapat yang lain, saya juga memilih tema kebaya nyonya untuk digayakan pada malam ini.

"Saya sendiri menggemari imej tradisional dan menggunakan kesempatan ini untuk melunaskan impian itu.



"Seronok melihat tetamu yang hadir menepati tema yang dipilih. Semuanya anggun menghormati permintaan saya untuk memakai kebaya nyonya," jelasnya.

"Saya berharap agar majlis pernikahan pada Ahad ini berjalan lancar dan saya meminta semua pihak mendoakan yang terbaik buat diri dan pasangan saya.

Antara rakan artis yang hadir adalah Nad Zainal, Sharifah Sakinah, Marsha, Sherry Al Hadad, Nana Mahazan, Nabila Huda, Fara Fauzana, Rafidah Ibrahim dan Azza Elite.


















































































Sumber: BH
Foto: Jihan IG



         ________________________





No comments: