Semua sedia maklum bahawa Emma Akma, 47, telah sah bercerai talak satu dengan Omar Ramli, 48, selepas hanya tujuh bulan berkahwin.
Artikel terdahulu:
Bagaimanapun, anak angkat Emma iaitu Dayang Izzati, 11, juga merupakan anak kandung kepada bekas suaminya masih lagi di bawah jagaan Emma.
Menurut Emma, dia masih tetap mendapat hak penjagaan anak sepenuhnya sebagaimana sebelum ini.
"Sejak Izzati berusia tiga bulan lagi saya sudah mempunyai hak penjagaan penuh terhadapnya. Selepas apa yang sudah berlaku, saya rasa mungkin lebih baik dia tidak berjumpa Izzati.
"Ini kerana anaknya itu sendiri pun sudah tidak mahu berjumpa dengannya dan turut berasa kesal dengan apa yang terjadi ini.
"Perkara ini Izzati sendiri sudah menyaksikan dengan mata kepalanya sendiri. Malah ketika saya sakit dia juga yang menjaga saya selain anak kandung saya," ujar Emma dipetik sebagai berkata.
Terdahulu Emma dan Omar mendirikan rumah tangga pada 9 Jun tahun lalu dan sah bercerai pada 14 Januari lalu selepas Emma membuat permohonan cerai fasakh di Mahkamah Rendah Syariah Daerah Gombak pada Ogos 2015.
Sumber: MH
________________________
-
:: FACEBOOK :: INSTAGRAM :: TWITTER ::
:: YOUTUBE :: SEJARAH MYARTIS ::
Follow @myartisdotcom
No comments:
Post a Comment