03 March 2016

6 GAMBAR - BABY SHOWER & PERSIAPAN CHERYL SAMAD SAMBUT ANAK KEDUA



Ramai yang tertanya-tanya ke manakah perginya Cheryl Samad, pelakon dan pengacara aktif bertubuh genit yang kebelakangan ini senyap tanpa berita. Bila disiasat, rupanya Cheryl kini sedang membuat persiapan bagi menyambut kelahiran anak keduanya.

Malah baru-baru ini, Cheryl juga sempat membuat satu majlis baby shower secara sederhana bagi meraikan keluarga dan sahabat handai.





Dia yang kini hamil 30 minggu berkata, dia sebenarnya mendapat banyak tawaran mengacara dan berlakon, tetapi kebanyakan tawaran tersebut tidak kena dengan masa. Tambahan pula, perubahan hidupnya sebagai seorang isteri dan ibu kian mendadak.

"Misalnya, ketika saya berkira-kira untuk kembali aktif, saya mengandung anak kedua. Jadi, saya tidak dapat berbuat demikian dan pihak produksi memang tidak mahu seorang ibu mengandung sebagai pengacara," ujarnya dipetik sebagai berkata.

Malah anak sulungnya, Stella kini sudah menjangkau usia setahun empat bulan. Oleh yang demikian, menjaga dan membesarkan anak kesayangannya itu memerlukan banyak masa bagi melayani kerenah si kecil itu.



Selanjutnya, bercerita mengenai kandungan keduanya dan kemungkinan ada perbezaan dari segi pengalaman mengandung terdahulu, cerita Cheryl ia sama sahaja... cuma anak keduanya itu beratnya rasa lain macam walaupun saiz perutnya nampak kecil.

"Saya sudah menjalani pemeriksaan doktor bersama suami. Alhamdulillah, anak kedua juga merupakan seorang perempuan.



"Memang saya sangat teruja. Akhirnya, Stella akan dapat seorang adik perempuan. Stella makin membesar, makin licik kenakalannya. Tetapi saya menganggap ia sebagai satu perkembangan positif.

"Untuk anak kedua, saya harap kelahirannya pada Mei nanti berjalan lancar. Tinggal dua bulan sebelum ‘masanya’ sampai, saya tidak boleh terlalu aktif melakukan kerja-kerja yang memenatkan," jelasnya yang mendirikan rumahtangga dengan Ng Ping Ho pada 2011.


MAJLIS BABY SHOWER






www.myartis.com - Sumber: kosmo - Foto Cheryl IG




         ________________________






No comments: