01 March 2016

AIDA JEBAT TERASA HATI DIDAKWA MENANG KERANA 'AURAWHITE'



Gara-gara menang besar dalam Anugerah MeleTOP Era 2016 dengan menewaskan artis popular negara, Aida Jebat teruk dikecam kerana didakwa tidak berbakat tetapi menang percuma disebabkan menjadi duta Aurawhite.

Sehubungan itu, Ayda menyifatkan tuduhan tersebut sebagai tidak berasas dan tidak relevan langsung.





Kata pelakon dan penyanyi itu, kemenangannya merangkul trofi bagi kategori Penyanyi MeleTOP, Lagu MeleTOP (Siapa Diriku), Drama MeleTOP (M.A.I.D), Pelakon MeleTOP dan Artis Top Top MeleTOP Wanita, adalah hasil usaha peminat yang mengundinya, bukan disebabkan Aurawhite.

“Walaupun Aurawhite menjadi penaja utama bagi AME 2016, kemenangan saya adalah hasil usaha peminat, bukan kerana saya duta. Tuduhan yang dilemparkan adalah tidak relevan.

“Saya merasakan perkara itu tidak adil untuk peminat yang bersusah payah mengundi saya. Mereka berusaha keras tanpa bantuan sebarang pihak untuk mengundi saya pada malam tersebut,” ujarnya dipetik sebagai berkata.



Mengenai dia kemungkinan akan meletakkan harga tinggi selepas menang ini, Ayda menafikan dia akan bersikap seperti itu.

“Saya tidak pernah meletakkan harga ‘mahal’. Saya bekerja dalam bidang nyanyian dan lakonan kerana mempunyai minat yang mendalam terhadap industri hiburan.

“Selain itu, saya harus memastikan yang kualiti kerja yang saya berikan setiap kali muncul dengan produk baru dapat memuaskan hati barisan peminat saya. Saya sangat sayangkan mereka kerana peminat adalah nadi kekuatan saya,” tambahnya.


Sumber: Astro Gempak



         ________________________





No comments: