15 March 2016

AL-FATIHAH - PEMAIN DRAM LEFTHANDED, MAN DAYAK KEMBALI KE RAHMATULLAH



Pemain dram kumpulan Lefthanded, Man Dayak atau nama sebenarnya Abdul Rahman Othman, 54, telah menghembuskan nafas terakhirnya kira-kira jam 12 tengah malam semalam selepas mengadu sesak nafas.

Menurut Nash selaku vokalis kumpulan itu, Allahyarham Man Dayak meninggal dunia dipercayai akibat serangan jantung.





"Saya mendapat panggilan tengah malam tadi dan terus bergegas ke rumah arwah di Skudai Kiri, Johor.

"Syukur saya sempat sampai dan bersama rakan-rakan termasuk Man Kidal menguruskan jenazah arwah," katanya yang sedang mengendalikan urusan memandikan jenazah.

Difahamkan, jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Alif, Jalan Tampoi, Johor Bahru.

Kata Nash, arwah adalah sahabat yang berbakat besar dalam bidang muzik.

"Arwah membuat keputusan berhenti daripada kumpulan Lefthanded kerana mahu menumpukan perhatian kepada perniagaan.

"Beliau mempunyai jiwa yang besar dan fokus dalam melakukan sesuatu kerja. Arwah juga antara pemain drama terbaik negara," ujar Nash dipetik sebagai berkata.

Selain Nash, Man Dayak dan Man Kidal, Leftahanded turut dianggotai Yan dan Allahyarham Samad yang meninggal dunia pada tahun 2008 pada usia 45 tahun.

Takziah kami ucapkan buat keluarga Allahyarham dan semoga rohnya ditempatkan bersama golongan orang-orang yang beriman.


Sumber: BH



         ________________________





No comments: