16 March 2016

'PERLEKEH' PELAJAR BUAT AMAL - INI JAWAPAN DIANA DANIELLE



Gara-gara difitnah melalui Facebook berdasarkan beberapa keping gambar dan kapsyen yang mendakwa isteri kepada Farid Kamil iaitu Diana Danielle memperlekehkan seorang pelajar yang membuat jualan amal bagi Rumah Amal Bistari, Yan, Kedah, Diana akhirnya tampil memberi penjelasan sebenar mengenai kekeliruan itu.

Dalam status terbarunya mengenai isu tersebut, Diana berkata: "Awak telah menfitnah saya secara terang terangan. Sakitnya hati bila difitnah secara halus macam ni. Awak tak berada dekat dengan saya, berani awak membuat conclusion dari jauh.

Status yang menimbulkan kekeliruan itu




"Masa student tu datang dekat saya nak jual barang untuk tujuan nak bagi pada anak yatim, saya telah menghulurkan sedekah dan saya kata tak apa saya tak nak beli barang ni, cukuplah dgn sedekah. Pelajar tu pula reply "terima kasih, semoga murah rezeki, saya jual ya." Dan dia beredar.

"Selepas dia beredar tu, saya pandang rakan saya dan tanya dia balik "jual apa? Kita tak ambik apa2 kan?". Dan itu saja yg kami kata. Tang mana yang saya perlekehkan dia? Saya bukan seperti itu. Saya dah maafkan awak dan saya harap awak janganlah buat status macam ini lagi," jelas Diana.

Haii... nampaknya tak pasal-pasal Diana kena fitnah berdasarkan 'rumusan' semata-mata, bukan berdasarkan fakta sebenar. Moga hal ini menjadi iktibar buat kita semua.



DIANA KETIKA MENGHADIRI MAJLIS AMAL

Sumber : IG Diana Danielle



         ________________________





No comments: