09 March 2016

HUBUNGAN EIZLAN & VIE MASIH BAIK KERANA 'JANJI'



Hubungan Datuk Eizlan Yusof, 45, dengan bekas isteri Vie Santie Harun, 30, masih baik meskipun masing-masing sudah punya kehidupan sendiri. Demikian dijelaskan oleh Eizlan yang berazam tidak mahu menoleh ke belakang lagi.

"Hubungan kami masih baik. Alhamdulillah, dia merupakan seorang ibu yang bertanggungjawab kerana menjaga anak-anak dengan bagus.





"Malah, dia juga menghormati perjanjian kami ketika hendak berpisah dahulu dan tidak pernah menahan saya untuk berjumpa dengan anak-anak. Perkara itu membuatkan saya menghormatinya kerana dia berpegang kepada janji," ujar Eizlan.

Bagaimanapun, mengenai jodoh... katanya dia sudah cuba untuk kembali bersama dengan bekas isteri tetapi ia memerlukan persetujuan daripada kedua-dua pihak. Malah, bekas isterinya tidak menunjukkan tanda-tanda seperti ingin kembali semula.



"Jadi, saya membuat keputusan untuk meneruskan kehidupan seperti biasa. Memang tidak dinafikan, ada perempuan yang cuba mendekati saya tetapi buat masa ini biarlah saya menumpukan sepenuh perhatian kepada kerjaya sambil membesarkan anak-anak.

"Saya sedang cuba menyibukkan diri dan membuat pelbagai kerja. Jadi dengan kesibukan itu, saya tidaklah terfikir sangat tentang kesunyian. Jika mempunyai masa terluang, saya akan bersama dengan anak-anak pula. Lagipun, saya tidak mahu lagi menoleh ke belakang dan menyerah segalanya kepada ketentuan Ilahi," tambahnya dipetik sebagai berkata melalui Kosmo.



         ________________________





No comments: