UPDATE:
Ternyata apa yang kami ketengahkan baru-baru ini mengenai Lana Nodin yang sudah selamat bersalin hingga dipetik banyak media memang benar. Tuan punya badan akhirnya mengaku sendiri yang dia sudah selamat bersalin pada pertengahan Januari lalu secara senyap.
Artikel terdahulu:
Menurut Lana, dia selamat bersalin seorang bayi perempuan yang diberi nama Gia Quinn Mckienzie, seberat 4Kg di salah sebuah hospital swasta terkemuka di Kuala Lumpur.
Bagaimanapun, alasan Lana tidak menguar-uarkan kelahiran Gia, dan hanya diketahui umum apabila dia bersama anak dan suami dilihat peminat berada di Singapura baru-baru ini, dilakukan atas kehendak suaminya.
"Lagipun tidak ada yang bertanya. Dalam waktu sama lepas berpantang, saya dan Gia harus mengikut suami yang bekerja di luar negara.
"Saya dan suami tidak keberatan untuk memperkenalkan Gia kepada umum tetapi harus menunggu waktu yang sesuai." ujarnya.
"Bagaimanapun, isu itu dilaporkan tidak boleh dielakkan. Sebagai selebriti, pasti ke mana saya pergi orang tahu. Terima kasih atas ucapan tahniah diberikan menerusi laman sosial saya. Kami sekeluarga amat menghargainya.
"Rancangan kami mahu menjemput beberapa rakan media yang rapat untuk bertemu Gia pada majlis yang sedang dirancang itu. Tidak sangka pula berita kelahiran Gia diketahui lebih awal. Saya mohon pelbagai pihak mendoakan Gia dan kesejahteraan kami sekeluarga," tambah Lana melalui Harian Metro.
Petikan myartis yang diguna semula oleh media
Kelmarin, myartis merupakan portal hiburan pertama yang mengetengahkan berita ini dengan memetik ucapan tahniah beberapa peminat dari Singapura di laman instagram Lana. Kata beberapa orang daripada mereka, Lana dilihat bersiar di Singapura membawa Gia bersama.
Terdahulu, ada juga peminat yang melihat Lana berpantang di rumah ibunya.
________________________
-
:: FACEBOOK :: INSTAGRAM :: TWITTER ::
:: YOUTUBE :: SEJARAH MYARTIS ::
Follow @myartisdotcom
No comments:
Post a Comment