26 March 2016

JANGAN SELFIE & KELUAR JUMPA PENYOKONG - AMARAN FMLLP BUAT DATO VIDA



Ketua pegawai eksekutif Football Malaysia Limited Liability Partnership (FMLLP), Kevin Ramalingam memberi amaran kepada pengasas produk kecantikan yang juga penasihat kehormat Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa), Datuk Seri Hasmiza Othman agar mematuhi peraturan ketika berada di kawasan teknikal bagi menyaksikan perlawanan membabitkan pasukan The Red Warriors.

"Beliau perlu mematuhi peraturan di kawasan teknikal seperti elakkan menggunakan telefon bimbit, pakaian tidak boleh sama dengan yang dipakai oleh pemain di padang... itu sebab pemain yang berada di bangku simpanan memakai bib agar tidak sama dengan rakan sepasukan yang sedang beraksi.





"Selain itu, beliau tidak boleh meninggalkan kawasan teknikal untuk bertemu dengan penyokong dan perkara-perkara seumpama itu. Ia adalah peraturan biasa dalam bola sepak yang perlu dipatuhi," kata Kevin kepada Bernama.

Tegas Kevin, Dato Vida mungkin kehilangan kelayakan beliau untuk memasuki kawasan teknikal jika dia terus melanggar peraturan



"Jika peraturan-peraturan itu tidak dipatuhi, maka kami tiada pilihan bagi memastikan tiada sesiapa melanggar peraturan. Kami memang inginkan sesuatu yang menghiburkan tetapi tidaklah sampai ke tahap ini, yang menjejaskan peraturan," jelasnya.

Kevin berkata Dato Vida dibenarkan memasuki kawasan teknikal menerusi pendaftaran oleh Kafa sebagai pegawai pasukan, dan FMLLP selaku entiti swasta yang menguruskan Liga Malaysia (Liga M) sejak awal musim ini, akur berdasarkan peraturan itu.





         ________________________





No comments: