26 March 2016

ISU BELASAH PENGKID - LYDIAWATI BERI KETERANGAN PADA POLIS



Selepas Lydiawati memuatnaik dua siri rakaman video beliau membelasah seorang pengkid gara-gara wanita bergaya lelaki itu sering mengganggu dirinya dan keluarga dalam laman Facebook miliknya 'Lyd Saimon', telah dipanggil polis untuk memberi keterangan berhubung kes tersebut di Ibu Pejabat Daerah Ampang semalam.

Artikel terdahulu:

Difahamkan, Lydiawati hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang kira-kira pukul 6 petang dan dibenarkan pulang selepas polis merakam kenyataannya.





Video yang dikongsikan pelakon berkenaan mendapat pelbagai reaksi di laman sosial.

Dua siri video tersebut memaparkan Lydiawati atau nama sebenarnya Salina Saimon, 50, naik angin dengan tindakan wanita berumur 40 tahun itu, yang sering menghantar mesej lucah sehingga mengganggu keluarganya.

Sementara itu, semalam sebuah akhbar melaporkan, Lydiawati sudah tidak tahan apabila sering menerima gangguan daripada wanita yang juga peminat fanatiknya itu bermula sejak dari awal pembabitan dirinya dalam dunia seni. Perkara itu mula menjadi teruk setelah mereka berjumpa di sebuah hotel terkemuka pada tahun 2014.







         ________________________





No comments: