08 March 2016

KAHWIN DI THAILAND - ADIRA & DATO' RED KEMUKA BUKTI GAMBAR & VIDEO



Meskipun masih dalam kesedihan apabila dikatakan keguguran, namun semalam juga penyanyi Adira dan suaminya, ahli perniagaan Datuk Seri Adenan Abu akhirnya mengemukakan gambar, rakaman video dan pasport di Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur sebagai bukti perkahwinan mereka.

Untuk info, mereka berdua berbuat demikian selepas memberi keterangan di hadapan Hakim Syarie Mohd Abdul Karim Wahab mengenai permohonan pengesahan pernikahan perpoligami.





Dalam permohonan itu, Adenan, 38, memberi keterangan bahawa dia sudah bernikah dengan Adira atau nama penuhnya, Siti Adira Suhaimi, 25, pada 3 Disember 2015 di Majlis Agama Islam Songkhla, Thailand.

Tambahnya, pernikahan itu menggunakan wali hakim dan dua individu warga Thailand menjadi saksi.

Ia juga dilakukan dengan sekali lafaz, Adira sah menjadi isterinya dengan mas kahwin sebanyak RM1,000 tunai.



Adira atau nama sebenarnya, Siti Adira Suhaimi, 25, dan Adenan, 38, memfailkan permohonan pengesahan pernikahan berpoligami di luar negara itu pada 8 Januari lalu mengikut Seksyen 12 dan 23 Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah Persekutuan) 1984.

Difahamkan, selepas permohonan ini selesai nanti, Adira dan suaminya merancang untuk mengadakan majlis resepsi perkahwinan mereka di kampung halaman Adira di Kota Kinabalu, Sabah.


Sumber: HM  - Foto Adira IG


         ________________________





No comments: