07 March 2016

KES PUKUL BEKAS ISTERI - AWIE BEBAS, KES TUTUP



Pelakon dan penyanyi Awie akhirnya dilepas dan dibebaskan daripada pertuduhan memukul bekas isterinya, Rozana Misbun oleh Mahkamah Majistret Ampang hari ini. Ia selepas kedua-dua pihak bersetuju untuk menutup kes ini menerusi pembayaran kompaun RM10,000 dan permohonan maaf secara terbuka.

Penyelesaian secara baik di hadapan Majsitret Ayuni Izzati Sulaiman itu dibuat Awie mengikut Seksyen 260 Kanun Acara Jenayah selepas mendapat kebenaran daripada mahkamah.





“Awak dengar permohonan maaf itu. Jadi saya harap selepas ini mulakan hidup baru. Ambil yang manis dan buang yang pahit. Dengan ini saya lepas dan bebaskan tertuduh,” ujar Ayuni dipetik melalui Kosmo.

Awie dan Rozana, kedua-duanya hadir pada perbicaraan yang berlangsung. Awalnya, kedua-dua pihak terpaksa mengambil masa yang agak lama untuk berbincang bagi mencari jalan penyelesaian tersebut.



         ________________________





No comments: