"Assalamualaikum semuaaa ! Alhamdulillah wani dah sedar ! Semuanya okay, mulut pecah skit je sbb tersangkut kat braces td. Tapi dah kurang, semuanya baik2 saja. Terima ksih semua yang mendoakan wani ya... esok wani dah boleh balik dah," demikian kata Wani atau Nur Syazwani Selamat, 21, melalui IGnya.
Penyanyi sensasi YouTube yang popular menerusi lagu 'Lepaskan' itu telah dimasukkan ke Hospital Sultanah Nora Ismail Batu Pahat, Johor, semalam akibat kemalangan yang membabitkan dua kenderaan di Pagoh, Johor. Ibunya turut cedera dalam kejadian tersebut.
"Kemalangan berlaku sekelip mata. Apa yang saya ingat, kereta dari arah bertentangan rempuh depan kereta kami.
"Ketika kejadian Wani sedang tidur di belakang. Oleh itu, saya tidak pasti sama ada dia tercampak atau tidak sehingga mengalami kecederaan," ujar sepupunya, Nuraini Yusoff, dipetik melalui Harian Metro.
________________________
-
:: FACEBOOK :: INSTAGRAM :: TWITTER ::
:: YOUTUBE :: SEJARAH MYARTIS ::
Follow @myartisdotcom
No comments:
Post a Comment