18 March 2016

TAKZIAH - KOMPOSER ADNAN ABU HASSAN MENINGGAL DUNIA



Sesungguhnya dari Allah kita datang kepada Allah jua kita kembali.

Takziah buat seluruh keluarga Allahyarham komposer Adnan Abu Hassan. Komposer itu telah kembali ke kerahmatullah kira-kira 2.00 pagi tadi di Hospital Selayang, Selangor.





Anak Adnan melalui akaun Instagramnya 'ftinfarhanaa' mengesahkan berita tersebut.

"Innalillah for my papa Tuhan lebih sayangkan awak pa," ujar anak Allahyarham Adnan.

Malah beberapa rakan media, artis dan peminat juga turut berkongsi berita tersebut melalui Instagram mereka.

Terdahulu, Allahyarham telah dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) di hospital berkenaan sejak awal pagi semalam kerana menghadapi masalah sukar bernafas.



Adnan kemudian terpaksa menggunakan alat bantuan pernafasan sehinggalah beliau meninggal dunia.

Allahyarham Adnan yang pernah mencipta kegemilangan pada era 1980-an hingga awal dekad 2000 itu pernah menaikkan nama penyanyi seperti Fauziah Latiff, Siti Nurhaliza, Misha Omar dan Liza Hanim menerusi karyanya yang meraih pengiktirafan termasuk Teratai Layu Di Tasik Madu, Jerat Percintaan, Bunga-Bunga Cinta serta Puncak Kasih.

Moga rohnya ditempatkan bersama-sama orang-orang yang beriman. Al-Fatihah.


Sumber: Hlive & ftinfarhanaa IG


         ________________________





No comments: