"Mungkin saya jahil pada suatu ketika dulu dan sekarang semakin banyak ilmu yang saya timba ketika menghadiri kelas agama di kawasan perumahan saya," begitulah kata pelakon Wan Nor Azlin, 48, yang mengakui dirinya pernah lalai dan tidak tetap pendirian hingga mengambil mudah soal berhijab.
Bagaimanapun, dia enggan mengulas lebih lanjut mengenai isu tersebut. Katanya, dia kini mengambil keputusan untuk bertudung semula dan lebih istiqamah.
"Tiada apa yang perlu diulas mengenai isu saya bertudung penuh semula. Ia adalah tuntutan agama dan menjadi tanggungjawab saya sebagai muslimah untuk menutup aurat," jelasnya dipetik sebagai berkata.
Tambah pelakon itu lagi, dia kini tidak lagi memakai selendang kepala ketika berlakon, sebaliknya akan bertudung penuh. Malah dia juga bersyukur kerana stesen televisyen sekarang lebih sensitif dan terbuka dengan pelakon berhijab.
Ditanya mengenai teman hidup, kata Wan Nor Azlin dia tidak terfikir lagi untuk mencari teman hidup dan sebagainya ketika ini.
"Tumpuan saya hanyalah untuk anak-anak. Saya mencari rezeki untuk membesarkan mereka," katanya.
Sumber: BH
________________________
-
:: FACEBOOK :: INSTAGRAM :: TWITTER ::
:: YOUTUBE :: SEJARAH MYARTIS ::
Follow @myartisdotcom
No comments:
Post a Comment