11 March 2016

KUTIP DANA PELARIAN SYRIA - 5 ARTIS BERGABUNG JAYAKAN '1MOMENT4THEM 2.0'



"Semua kutipan akan disalurkan bagi membantu rakyat Syria yang malang untuk keperluan asas kehidupan mereka dan sebahagian daripada wang itu akan digunakan bagi menyediakan dan membiayai bahan-bahan sekolah dan bantuan persekolahan anak-anak rakyat Syria," kata pengasas konsert '1Momment4Them 2.0', Nur Fatiha Shuib yang juga pengasas dan pengurus projek 'Fatiha Shuib and Friends'.

Untuk makluman konsert tersebut akan dibarisi lima artis popular yang bergabung tenaga secara sukarela bagi mengumpul dana membantu rakyat Syria di kem-kem pelarian di Jordan.





Antara artis tersebut ialah Noh Hujan, Mizz Nina, Faizal Tahir, Aizat Amdan dan Mu'adz Dzulkefly yang akan membuat persembahan di Pusat Konvensyen Al-Azhar, Mesir pada 29 April nanti.

Konsert itu merupakan satu usaha sukarela secara kolektif yang dilakukan para belia dan pelajar universiti dan bergabung tenaga dengan beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) untuk mengumpul dana bagi pelarian Syria.

Tahun ini, konsert itu diadakan buat kali ketiga dengan kali pertama diadakan di Universiti Yarmouk, Jordan dan yang kedua di Universiti Islam Antarabangsa di sini, diadakan tahun lepas.

Sementara itu, Faizal Tahir yang sebelum ini terlibat dengan konsert tahun lepas, berkongsi pengalamannya semasa melawat kem-kem pelarian.

Katanya selepas menyertai projek itu, dia kemudian sedar bahawa terdapat satu tujuan beliau untuk terus terlibat dengan projek membantu orang-orang yang amat memerlukan.

"Bila kita membantu orang lain sebenarnya kita sendiri sedang dibantu oleh Allah swt," ujarnya dipetik sebagai berkata kepada Bernama.

Kepada anda yang ingin menyumbang anda boleh berbuat demikian melalui akaun CIMB BANK: 8602258019 (Fatihah Shuib And Friends).

VIDEO PROMO




         ________________________





No comments: