24 March 2016

LISA SURIHANI MAHU TINGGALKAN DUNIA SENI KERANA ANAK



Pasti anda semua sudah mengetahui isu mengenai rancangan Astro iaitu eBu Babypedia Lisa & baby Yahaira. Ramai yang memberi komen positif dan ramai juga yang mengutuk pasangan ini kerana didakwa 'lokek' wajah anak mereka, tetapi 'pemurah' pula dengan Astro.

Namun, Yusry akhirnya menjelaskan bahawa mereka masih tetap berpegang kepada prinsip dan keputusan bersama untuk tidak kerap mendedahkan gambar anak sulung mereka yang kini berusia enam bulan itu.

Dalam perkembangan berlainan, Lisa Surihani mengakui kehidupannya kini berubah selepas mendirikan rumahtangga lebih-lebih lagi setelah kelahiran Yahaira Leanne. Tambah Lisa, dia tidak menolak kemungkinan untuk menarik diri daripada industri hiburan atau dalam kata lainnya bersara.





"Sejak ada anak, segalanya berubah. Jika dulu keutamaan saya berbeza, sekarang it’s all about her. Mengenai kerjaya lakonan, saya terbuka untuk perlahankan aktiviti lakonan agar dapat luangkan masa dengan anak”

"Bila tiba masa sesuai, saya akan kembali aktif. Saya juga tidak menolak kemungkinan untuk bersara. Jika saya perlu memilih antara kerjaya atau motherhood, saya pasti memilih motherhood. Tapi saya tidak pernah meletakkan jangka masa sasaran untuk saya meninggalkan dunia lakonan,” ujar Lisa dipetik sebagai berkata melalui Tonton Extra.

Jelas Lisa lagi, dia tidak ralat sekiranya benar-benar meninggalkan industri hiburan kerana namanya tidak berdepan sebarang kontroversi.



GAMBAR TERDAHULU






         ________________________





No comments: