07 March 2016

MENTOR MILENIA AKHIR - PORTEGE HAZAMA BERJAYA 'JINAKKAN' PORTEGE BLACK



Portege Hazama iaitu Fareez akhirnya berjaya menyekat penguasaan portege Black apabila muncul sebagai juara program realiti Mentor Milenia akhir yang bersiaran secara langsung di Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Selangor, malam semalam.

Dengan kemenangan tersebut, Fareez atau nama sebenarnya Muhammad Fareez Hazwan, 18, berjaya membawa pulang wang tunai sebanyak RM100,000 berserta trofi.





Manakala, Qody membawa pulang wang tunai sebanyak RM50,000 berserta trofi. Wanie pula di tempat ketiga dengan wang kemenangan RM20,000 berserta trofi.

Pemarkahan pada peringkat akhir ditentukan menerusi 50 peratus juri profesional iaitu Amy Search dan Ajai. Sementara Azmeer pula telah dijemput menjadi juri jemputan.

Baki 50 peratus lagi undian ialah 20 peratus juri awam manakala 30 peratus melalui undian peminat menerusi laman web.




Foto: TV3


         ________________________





No comments: