06 March 2016

GAUN 'BARBIE' ANZALNA NASIR - FOUZIAH GOUS NAFI DIRINYA DENGKI



Sejak Anzalna Nasir menggayakan gaun ala-ala barbie hasil rekaan Teuku Putra Aziz dari butik Cosry di majlis resepsi, gaun tersebut mendapat perhatian yang cukup meluas dan rata-ratanya memuji rekaan gaun ini.

Dalam pada itu, timbul khabar angin yang mendakwa seorang selebriti berambut hitam lebat yang juga pernah mendapatkan khidmat Cosry sewaktu majlis persandingannya menghasut pereka itu agar menghasilkan baju pengantin Anzalna ala kadar sahaja.





Daripada beberapa komen, nama aktres tinggi lampai, Fouziah Gous, dikaitkan dengan khabar angin tersebut.

Bagaimanapun pelakon ini tidak cepat melatah malah mengakui bahawa Anzalna merupakan teman rapatnya sendiri jadi dia tidak mempunyai sebab untuk merasa dengki atau cemburu dengannya.

"Saya rasa sangat mengarut dan kelakar bila ada yang mengaitkan saya sebagai individu yang dengkikan baju persandingan Anzalna, walaupun saya tak pernah membaca gosip tersebut.



"Tak ada sebab untuk saya berbuat seperti itu kerana hubungan kami agak rapat dan sebelum majlis perkahwinan Anzalna lagi, kami sudah berbual mengenai baju yang dihasilkan oleh Cosry.

"Kalau ada yang mengaitkan saya sebagai individu yang cemburukan Anzalna menerusi status di lama Instagram saya, saya rasa meraka tak pandai baca. Terang-terang saya letakkan hashtag baju pengantin win (menang) dan saya juga naikkan status itu dalam nada bergurau.

"Bagi saya setiap wanita ada kecantikan mereka yang tersendiri pada hari perkahwinan mereka," ujar Fouziah dipetik sebagai berkata.


Sumber: SH




         ________________________





No comments: