25 March 2016

RAKAN RASA SEDIH BILA PIE KERAP DIFITNAH MENINGGAL



"Penyebaran berita seumpama ini bukan pertama kali berlaku kerana sebelum ini pernah tersebar berita palsu yang menyatakan Pie meninggal dunia," ujar sahabat baik Pie, Omar Hashi, dipetik sebagai berkata.

Omar berkata demikian bagi menepis dakwaan bahawa pelawak veteran, Shafiee Jaafar, 85,atau lebih dikenali sebagai Pie yang dikhabarkan meninggal dunia, petang semalam oleh beberapa laman sosial.





"Saya kecewa di atas sikap tidak bertanggungjawab pihak tertentu yang cuba menyebarkan berita berkenaan," tambahnya yang memohon fitnah itu dihentikan segera kerana ia mengaibkan keluarga pelawak terbabit.

Ini kerana, Omar ada menghubungi anak perempuan Pie yang tinggal di Teluk Bahang pada jam 11.00 malam semalam dan dimaklumkan keadaan bapanya baik biarpun agak kurang sihat sedikit ketika ini.

Untuk info, pada Ogos 2015, Pie juga pernah dikatakan meninggal dunia sedangkan dia dirawat di Hospital Kepala Batas akibat kesejukan melampau dan jangkitan kuman pada paru-paru.


Sumber: HM


         ________________________





No comments: