25 March 2016

REZEKI 6 ANAK - AMELINA TERIMA RATUSAN RIBU SEBAGAI DUTA



"Mengenai berapa banyak jumlah yang saya terima daripada syarikat tak perlulah saya ulas dengan lebih lanjut.

"Ini bukan rezeki untuk saya seorang, malah untuk anak-anak saya yang seramai 6 orang itu. Mereka kini semakin membesar seperti anak-anak orang lain," ujar penyanyi dangdut Amelina yang mengakui menerima amaun sebanyak ratusan ribu apabila dilantik sebagai Duta Pewarna Rambut D’Herbs.





"Apa-apa pun, saya tetap bersyukur dengan rezeki yang dikurniakan oleh Nya setelah dilantik sebagai duta," tambah Amelina yang kami hangatkan kembali namanya tahun lalu melalui beberapa gambar kandid di Bangsar.

Untuk makluman, syarikat D’Herbs sebelum ini tidak pernah melantik mana-mana selebriti mahupun personaliti untuk menjadi duta produk. D’Herbs memilih Amelina kerana pembawakan diri penyanyi itu yang sangat mesra dengan peminat dan diterima semua lapisan masyarakat.

"Amelina saya lihat orangnya sangat ceria dan bersahaja dengan sesiapa saja. Faktor seperti tu amat penting untuk mempromosikan produk saya.

"Selepas Amelina telah menjadi duta pewarna rambut ini, harap-haraplah bolehlah jual dengan lebih banyak," kata pengarah urusan D’Herbs, Datuk Aliff Syukri.


Sumber: Murai


         ________________________





No comments: