17 March 2016

TAHNIAH - ATU ZERO BAKAL BERGELAR BAPA



Nampaknya... tak lama lagi Atu dari kumpulan Zero bakal bergelar bapa apabila isterinya, Shafeeqa Johari telah sah hamil anak sulung mereka.

Berita gembira ini disampaikan sendiri oleh Atu menerusi laman Instagram dengan memuat naik gambar ujian kehamilan menunjukkan yang isterinya sah hamil.





"Salam semua... Alhamdulilah. Tadi biniku hantar gambar katanya sudah berisi... Doakan yang baik-baik ya. Tujuan saya bukan nak ribut-ribut. Minta maaf ya semua. Saya mahu berkongsi saja. Kalau salah maafkan. Tidak lama lagi jadi bapa sudah saya," ujar Atu di laman IGnya.

Difahamkan, Atu dan isterinya itu telah sebulan duduk berjauhan disebabkan atas urusan kerja.



"Dah masuk sebulan biniku jauh dari aku... Tak apa la biniku kerja rajin-rajin disana ya. Biarlah gambar ini ku tatap selalu didalam sanubariku. Ramai juga orang bertanya kenapa songkok ini boleh buat muat. Saya pun pelik sebenarnya," jelasnya.

Untuk rekod, Atu atau nama sebenarnya Sharid Kunal Doli Sharif, 24, dan Shafeeqa, 30, berkahwin pada 8 Februari lalu.


Sumber & Foto: Atu Zero IG



         ________________________





No comments: