04 April 2016

11 FOTO - HARI LAHIR KE-33, SHERRY HADIAHKAN IBU AYAH PENGHIJRAHAN



"Keputusan yang saya buat ini (berhijab) begitu singkat sebenarnya. Bersempena dengan hari lahir, saya mahu hadiahkan sesuatu yang sangat bermakna buat ibu dan ayah," demikian kata Sherry Ibrahim yang membuat keputusan untuk berhijab pada hari lahirnya yang ke-33 semalam bagi menggembirakan kedua-dua ibu dan bapanya.

Sherry atau nama sebenarnya Syarizad Ibrahim turut menyifatkan keputusannya itu juga adalah di luar jangkaan diri sendiri, pada masa sama penghijrahan terbabit memberikan ketenangan buatnya.

"Sebelum ini saya membayangkan untuk bertudung selepas berkahwin. Tetapi, saya rasa ibu dan ayah juga berhak mendapat rasa bahagia melihat anak mereka bertudung. Saya mahu menggembirakan mereka.





"Saya berasa sayu apabila tidak menyumbang sesuatu kepada mereka. Bayangkan, ibu hampir tidak mengenali saya ketika kami berjumpa dengan imej baharu ini. Saya dapat lihat perasaan gembira pada wajah mereka," ujar Sherry di laman IGnya.

Menurut Sherry, antara sebab lain beliau berhijrah untuk menjadi wanita Muslimah yang baik adalah kerana sebelum ini beliau kerap mendengar beberapa ceramah agama

Sementara itu, mengenai haluan kerjaya pula, Sherry berkata yang dia enggan terlalu memikirkan mengenai perkara itu, namun tetap meneruskan aktiviti seni seperti biasa.



"Saya akan teruskan kerjaya seperti biasa. Cuma watak yang dipilih selepas ini mengikut kesesuaian imej.

"Cuma saya bakal muncul menerusi program Gempak Superstar tidak lama lagi dan saya tidak tahu bagaimana penerimaan pihak produksi memandangkan sesi fotografi untuk tujuan promosi sudah pun dibuat.

"Apapun, sekarang ini saya enggan lagi memikirkan perkara yang sudah berlalu. Dengan imej baharu ini, saya akan ke depan meneruskan kehidupan ke jalan Allah," jelasnya.

Selamat hari lahir kami ucapkan buat Sherry dan tahniah atas penghijrahan. Semoga terus beristiqomah.























         ________________________





No comments: