03 April 2016

DIKECAM GARA-GARA BERCIUM - INI JAWAPAN DATO RED



Kisah rumahtangga Adira Suhaimi dengan Dato Red tidak habis-habis dihentam sejak tersebarnya kisah pernikahan mereka. Kali ini, mereka dikatakan telah dikecam gara-gara bercium di khalayak.

Bagaimanapun, Dato Red atau nama sebenarnya, Datuk Seri Adnan Abu tidak cepat melatah dengan tohmahan sebegitu.





"Bercium ada pelbagai jenis dan tidak semestinya pada mulut saja. Apa yang berlaku adalah kami berada di belakang pentas di mana isteri saya mencium tangan sebelum membuat persembahan. Saya beri kucupan di dahi tanda restu.

"Tidak sangka ada yang memerhati dan menambah rasa kepada cerita itu sehingga menjadi sensasi. Lagipun kami sudah sah sebagai suami isteri dan halal untuk bersentuhan, namun kami masih lagi tahu batas untuk tidak keterlaluan depan orang ramai.

"Saya juga berharap agar masyarakat dapat menerima jodoh saya dengan Adira dengan hati yang terbuka dan mendoakan yang terbaik buat kami," jelasnya.


Sumber: BH Plus



         ________________________





No comments: