08 April 2016

3 GAMBAR - WAJAH COMEL BABY GIRL YAYA MAEMBONG



Pada jam 9 pagi kelmarin, isteri kepada Wan Raja, Yaya Maembong atau nama sebenarnya Rabbiati Adawiyah Ismail telah selamat melahirkan seorang bayi perempuan secara normal.

Bagaimanpun, kata Wan Raja, dia rasa gelisah apabila anak sulung yang baru dilahirkan isterinya dikuarantin kerana tertelan najis ketika proses bersalin. Isterinya hanya dibenarkan berjumpa dan mendukung anak sulung mereka yang diberi gelaran Seri malam semalam setelah tamat tempoh kuarantin.





"Alhamdulillah, Yaya selamat bersalin secara normal pada jam 9 pagi. Keadaan menjadi panik apabila bayi yang berada dalam kandungan membuang air besar dan menyebabkan komplikasi kepada Yaya.

"Doktor memberi tempoh kontraksi selama 15 minit dan menyarankan kaedah pembedahan supaya tidak membahayakan nyawa bayi dan juga Yaya sendiri. Seperti satu keajaiban, kontraksi berjalan lancar dan Yaya boleh bersalin secara normal.

"Namun bayi dikuarantin selama beberapa jam bagi memastikan tiada sebarang jangkitan kerana tertelan najisnya sendiri. Yaya hanya berpeluang untuk mendukung anak sulung kami malam tadi selepas tamat tempoh kuarantin," ujar Wan Raja dipetik sebagai berkata.



Menurutnya yang berada di sisi isteri sepanjang tempoh bersalin itu memegang kamera GoPro milik adik iparnya, Emma Maembong kerana ingin merakamkan detik mendebarkan itu.

"Walaupun cemas, namun saya harus kelihatan tenang untuk memberi sepenuh sokongan kepada Yaya. Jika saya lagi cemas, nanti akan lebih mengeruhkan keadaan. Tambahan pula, saya perlu memegang kamera.

"Emma kini sedang menjalani penggambaran di Pulau Pinang dan ralat tidak dapat bersama-sama ketika kakaknya hendak bersalin. Oleh itu, beliau meminta saya merakamkan seluruh proses kerana tidak mahu terlepas sebarang detik indah kelahiran anak buahnya," jelasnya.



Sementara itu, Wan Raja mengakui masih kekok mengendalikan anak sulungnya itu bagi membantu isteri yang sedang menjalani proses berpantang.

Tambahnya, isterinya itu akan meneruskan tempoh berpantang di Pulau Pinang selepas seminggu berada di ibu kota. Ketika di sana, Yaya akan dijaga oleh keluarga suaminya.

"Saya kekok hendak memandikan Seri kerana dia masih kecil lagi. Insya-Allah, Yaya akan menjalani proses berpantang di sini selama seminggu dan akan pulang ke Pulau Pinang untuk dijaga dengan lebih teliti oleh keluarga saya," katanya.


Sumber: BH



         ________________________





No comments: