"Disebabkan ayah mereka sakit, kami putus tempat bergantung. Oleh itu saya memang perlukan bantuan ubatan dan kelengkapan untuk suami," demikian kata=kata sayu ibu Dalili dan Dayana iaitu Che Rohaida Che Daud, 37.
Untuk info, Dalili, 11, adalah salah seorang peserta Ceria Popstar dan merupakan adik kepada Dayana, 17, yang juga peserta Ceria Popstar musim terdahulu.
Tambah Che Rohaida, suaminya Mohd Amerullah Zainudin sudah hampir dua tahun sakit dan lapan bulan terlantar selepas dilaporkan menghidap sakit kanser lymphoma peringkat 4.
"Doktor cakap keadaannya 50-50. Sekarang ini sudah keluar dari hospital.
"Dayana juga terpaksa tolak sebarang tawaran lakonan atau sebagainya sebab nak beri penumpuan kepada papa dia. Saya pula memang tak kerja. Ubatan dan kelengkapan suami macam pampers dan lain-lain sebulan cecah ribu juga. Memang kami tak mampu. Saya dah habis hampir RM50 ribu untuk berubat.
"Saya ada bisnes sambal tapi bergantung kepada tempahan. Ada juga kawan-kawan datang bagi bantuan, dengan itu dapat jugalah saya gunakan untuk perbelanjaan kami," jelasnya yang mempunyai empat orang anak iaitu Dayana, 17, Dayini, 13, Dalili, 11, dan Dayyan 1 tahun 6 bulan.
Bagi anda yang bersimpati, anda bolehlah membuat sumbangan ke akaun Maybank 155041001592
Sumber: Media Hiburan
________________________
Follow @myartisdotcom
No comments:
Post a Comment