29 April 2016

6 GAMBAR - AWIE & ERRA MAKIN 'RAPAT', SERTAI BIKERS UNITED CLUB



Nampaknya hubungan Awie dan Erra Fazira makin rapat apabila masing-masing menyertai Bikers United Club.

Paling menarik, Awie juga telah memilih Erra sebagai duta Kelab motor tersebut memandangkan mereka berdua mempunyai sejarah sebagai bikers.

Sehubungan iu, satu majlis sidang media telah diadakan di Hard Rock Cafe, Kuala Lumpur baru-baru ini, bagi mengesahkan pemilihan Erra Fazira sebagai duta dalam program Bikers United Club itu.





"Saya memilih Erra kerana dia merupakan artis wanita terawal yang menunggang motor besar berkuasa tinggi," ujar Awie dipetik sebagai berkata.

Terdahulu, menurut Erra, dia menerima jemputan Awie kerana melihat program Bikers United Club sebagai satu perkara yang bagus kerana ia merupakan program gabungan beberapa kelab lain bagi membantu golongan-golongan tidak bernasib baik yang memerlukan bantuan.

Untuk info, selepas menyertai 'Bikers Unite for charity to multiracial orphanage & old folks home' ini nanti, Awie dan Erra akan membuat kerja-kerja amal untuk anak-anak yatim dan orang-orang tua yang memerlukan.










www.myartis.com - Foto: Awie & Erra IG


         ________________________





No comments: