14 April 2016

6 GAMBAR - YATT HAMZAH SAMBUT BIRTHDAY YANG KE-36



Semalam merupakan ulangtahun kelahiran Yatt Hamzah yang ke-36. Yatt telah menyambut hari lahir itu bersama suaminya Muhammad Zulfadli, teman rapat serta staf yang bekerja dengannya.

Sambutan yang diadakan secara keci-kecilan itu berlangsung di Masjid Wilayah Jalan Duta.

"Aku manusia hina.. Aku pendosa tanpa noktah.. Aku sering menzalimi diriku sendiri.. Aku al faqir yang ketandusan cintaNya. Bila ku bertaubat, aku kembali berbuat dosa. Hinanya aku dengan dosa.. Hingga aku malu.. Terlalu malu padaNya..





"Namun.. Tak pernah Dia benci aku.. Tak pernah Dia berpaling dari ku. Dia mencintai aku dengan RahmatNya di kala manusia membenci ku. Dia memandang aku dengan CintaNya di saat manusia menghina caci ku. Dia menyelimuti aku dengan keampunanNya di saat manusia tanpa usul periksa menghukum ku.

"Dia memberi aku nikmat yang tak terhitung walaupun aku masih belum mampu pun memberi 5 yang Wajib itu dengan sempurna. Allahu aku begitu malu padaNya. Dia beri aku segalanya tapi aku beri Dia hanya seadanya.



"Terima kasih Wahai Sang Pencinta untuk nafas ini. Yang tak akan mampu ku balas dengan segala apa pun. Terima kasih dan ku mohon lagi pada Mu, jadikan aku yang selalu Kau cinta dan rindu. Pilih aku yang hina ini jadi penghuni SyurgaMu walaupun aku jauh dari layak. Ampunkan segala dosaku yang umpama buih-buih di lautan yang tak mungkin dapat dihitung. Terima kasih Ya Allah.. Alhamdulillah.

"Selamat hari lahir ke 36 Haryati Hamzah. Moga bertambah iman dan taqwa dengan bertambahnya umurmu. Ameen.



"Bahagia itu apabila merasa senang dan gembira melihat orang lain bahagia.

"Bahagia itu apabila merasa cukup dengan yang sedikit.

"Bahagia itu apabila hati hidup dan penuh dengan cinta Allah.

"Bahagia itu apabila mencari kebaikan dan membenci keburukan.

"Bahagia itu apabila hati suci bersih dan bebas dari prasangka.

"Jazakallah ya zauj Zulfadhli untuk bahagia ini. Moga ianya kekal hingga Jannah. Ameen Ya Allah," ujar Yatt di laman IGnya.

Sanah helwah Yatt!









         ________________________





No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...