14 April 2016

ALHAMDULILLAH - NABIL TOLAK SENTUH BUKAN MAHRAM, PELAJARI AL-QURAN



Siapa sangka pelawak, pelakon dan pengacara Nabil Ahmad kini mula mendapat hidayah apabila menolak beberapa tawaran berlakon filem dan drama semata-mata untuk tidak bersentuhan dengan wanita bukan mahram.

"Saya banyak tolak tawaran berlakon drama dan filem kerana masa yang tidak sesuai dengan komitmen sebagai pengacara beberapa program.





"Selain itu, saya mahu menjaga batas antara lelaki dengan wanita bukan mahram, kalau berlakon susah nak elak terutama jika ada adegan bersentuhan," ujarnya dipetik sebagai berkata.

Semua itu dilakukannya demi mengikut ajaran Islam sedikit demi sedikit selepas pulang daripada menunaikan ibadah haji hujung 2015 lalu.

"Saya tidaklah berubah secara drastik, saya lebih suka orang selesa dengan saya dengan cara begini seperti Nabil yang dulu.



"Biarlah orang tidak nampak perubahan saya," tambahnya yang menafikan dia mahu berlagak alim tetapi cuba memperbaiki diri menjadi insan lebih baik.

Sehubungan itu, dia kini juga sedang giat belajar mengaji al-Quran secara persendirian di rumah dengan seorang ustaz.

"Sekarang saya sedang belajar mengaji, ada seorang ustaz yang akan datang ke rumah ajar kami sekeluarga. Isteri saya tidak ada masalah kerana dia pandai mengaji cuma tidak boleh mengajar saya.

"Kalau dia yang ajar asyik ketawa sahajalah kami, jadi terpaksa panggil orang luar," katanya ketika ditemui media pada sidang akhbar pelancaran Lawak Ke Der 2016 Live Di Istana Budaya, semalam.




Sumber: mStar Online - Foto: Nabil IG


         ________________________





No comments: