13 April 2016

8 GAMBAR - NORA DANISH KONGSI CERITA 'BERDILWALE' DI ICELAND



"Saya memang kagum dan pasang impian untuk ke Iceland selepas menonton filem Dilwale dan Alhamdulillah segala perancangan dibuat akhirnya terlaksana.

"Meskipun perjalanan untuk ke Black Sand Beach memakan masa hampir tiga jam dari Reykjavik iaitu bandar utama Iceland tetapi ia sangat berbaloi apabila dapat melihat keindahan ciptaan Allah," ujar Nora Danish yang dikhabarkan akan berkahwin tahun ini.





Untuk info, Nora memilih Iceland minggu lalu untuk mengadakan sesi fotografi koleksi terbaharu bawah labelnya Owl by Nora Danish kerana menyukai filem Dilwale yang turut menjalani penggambaran di negara itu.

Tapi mana tahu ia juga bakal dijadikan gambar-gambar pra perkahwinannya nanti ya tak?

Malah penggambaran itu juga turut mendapat kolaborasi bersama Alextan Artworks dan Filming Art yang merakam gambar dan video nya di sana.



"Cuaca di Iceland memang sangat sejuk serta berangin dan ia cabaran terbesar sepanjang berada di sana.

"Kami hanya melakukan apa yang termampu sahaja dan Alhamdulillah pasukan fotografi dan video yang cekap berjaya merakam momen-momen terbaik," tambahnya.

Difahamkan, selain bekarja, Nora atau nama sebenarnya Nor Mohd Danish Hanif, 34, juga mengambil kesempatan bercuti bersama keluarga dan anaknya, Putra Rayqal di Iceland.












Sumber: MStar - Foto: Nora IG


         ________________________





No comments: