08 April 2016

AL-FATIHAH - MR OS KEMBALI KE RAHMATULLAH



Takziah diucapkan buat keluarga pelakon dan pelawak Mr Os atau nama sebenarnya Mohd Yusof Abdul Hamid yang meninggal dunia kira-kira pukul 2.50 petang tadi di Hospital Selayang.

Difahamkan, Allahyarham meninggal disebabkan kanser paru-paru yang dihidapinya dan menerima rawatan di hospital itu sejak Isnin lalu selepas lemah dan sesak nafas.





"Ayah sakit teruk sejak Isnin lalu dan di rawat di Hospital Selayang, namun ketika itu dia masih boleh bercakap sehinggalah pagi tadi.

"Pagi tadi dia kelihatan betul-betul lemah dan hanya boleh angguk dan geleng sahaja," ujar anaknya, Mohd Hafizul Mohd Yusof, 20, dipetik sebagai berkata pada MStar.

"Dia nampak tenat beberapa minggu ini dan lemah kerana kanser paru-paru yang dihadapinya itu. Sebelum meninggal banyak pesanan yang diberikan kepada kami adik beradik terutamanya berkenaan agama," tambahnya yang sempat mendengar amanat terakhir Allahyarham yang berpesan agar sentiasa ingat pada Allah dan menutup aurat..

Untuk makluman semua, jenazah Allahyarham akan dibawa pulang di kediamannya di Gombak dan di kebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Permata petang ini.







         ________________________





No comments: