Selepas mengadakan majlis doa selamat baru-baru ini dengan tema telekung, hari ini Linda Rafar dan Syed Aiman dikurnikan seorang bayi lelaki yang merupakan anak ketiga mereka di Hospital Gleneagles, Ampang, kira-kira pukul 2.05 petang.
Meskipun bayi tersebut dilahirkan menerusi pembedahan, namun Linda dan bayinya sihat-sihat sahaja.
"Kali ini hero (lelaki) lagi. Alhamdulillah, segala-galanya telah berjalan dengan lancar dan dipermudahkan urusan. Kami berada di hospital sejak jam 7 pagi tadi. Dalam jam 12 tengah hari, Linda telah dimasukkan ke dewan pembedahan.
"Saya juga turut berada di sisinya dari awal hingga selamat bersalin. Biarpun terpaksa menunggu lama untuk anak ketiga ini, tetapi ia satu rahmat buat saya dan Linda," ujarnya dipetik sebagai berkata kepada BH Online.
Untuk info, bayi tersebut lahir dengan berat 2.85 kilogram.
Foto: Linda IG
________________________
Follow @myartisdotcom
No comments:
Post a Comment