02 April 2016

ALHAMDULILLAH - FATHIA LATIFF KINI MULA BERHIJAB PENUH



Jika sebelum ini Fathia Latiff pernah berkata yang dia sedang mencari kekuatan menetapkan diri untuk bertudung sepenuhnya mengikut syariat menjadi muslimah sejati, namun kali ini Fathia telah membuat keputusan untuk berhijab sepenuhnya.

Difahamkan, keputusan tersebut dibuatnya beberapa hari lalu.

Kata Fathia, menutup aurat bagi wanita adalah wajib, jadi tidak ada sebab mengapa dia tidak melaksanakan perkara yang seharusnya dilakukan oleh seorang muslimah.





"Sebelum ini banyak kekurangan pada diri saya sehingga menyebabkan saya lupa dan alpa. Syukur kerana Allah tetap memberikan hidayah-Nya kepada saya.

"Begitupun walaupun saya sudah berhijab jangan anggap saya sudah bagus kerana banyak perkara yang perlu saya pelajari dan dalami," ujarnya dipetik sebagai berkata.

Jelas Fathia lagi, sebelum ini dia sudah mula belajar memakai hijab apabila pulang dari New York, Amerika Syarikat bagi menjalani pengambaran drama bersiri terbaru arahan Erma Fatima, Rumi dan Jawi.

Dalam pada itu, Fathia juga mengharapkan peminat mendoakan akan keputusan diambil itu akan membawa ke jalan kebaikan bukan saja untuk dirinya tetapi juga orang sekelilingnya.


Sumber: HM


         ________________________





No comments: