02 April 2016

TAHNIAH - ISTERI WARIS SAH HAMIL ANAK SULUNG



Setelah hampir 9 bulan mendirikan rumah tangga, akhirnya isteri kepada Waris, Izzati Amirah telah pun disahkan hamil. Tahniah diucapkan buat Waris dan isterinya.

Pastinya ini satu berita yang amat menggembirakan buat Waris dan isteri. Walaupun belum mendedahkan usia kandungan, Waris telah sudi untuk berkongsi berita gembira ini dengan para peminatnya.





Berita gembira itu dikongsi oleh penyanyi rap yang popular dengan lagu 'Rembau Most Wanted' menerusi laman Instagramnya. Rata-rata peminat dilihat meninggalkan ucapan tahniah.

Untuk makluman, Waris dan Izzati telah berkahwin pada 1 Ogos 2015 di Surau Al- Wehdah, Taman Lestari Permai.





         ________________________





No comments: