11 April 2016

BAKAL SUAMI BERDARAH KACUKAN - RAJA EMA AKAN BEHIJRAH KE LONDON



Penyanyi dan juga pelakon popular sekitar era 80an, Raja Ema mengesahkan dia bakal bernikah dengan seorang ahli perniagaan berdarah kacukan Melayu-Cina-Inggeris selepas hari raya Aidilfitri pada tahun ini.

Dalam pada itu, Raja Ema juga memberitahu bahawa beliau akan berhijrah ke London bersama suaminya nanti.

"Insya-Allah, jika diizinkan Tuhan, mungkin majlis pernikahan kami akan berlangsung selepas Aidilfitri nanti, sekali gus menyaksikan noktah dalam kerjaya lakonan saya.





"Sekiranya ada jodoh saya terpaka berhenti berlakon dan mengikut bakal suami berhijrah ke London. Bakal suami seorang ahli perniagaan berusia 40-an dan berdarah kacukan.

"Walaupun orang Malaysia, tetapi sudah lama menetap di London. Tugasannya pula memerlukannya terbang ke China, Dubai dan Paris. Agak sukar jika kami tinggal berjauhan kerana beliau selalu sibuk," ujar Raja Ema dipetik sebagai berkata.

Untuk rekod, Raja Ema pernah mendirikan rumah tangga dengan penyanyi Sheqal dan hasil perkahwinan tersebut mereka dikurniakan dua orang anak iaitu Putera Ammar, 21, dan Putera Al Kashah, 19.


Sumber: BH



         ________________________





No comments: