11 April 2016

SABRI YUNUS NYARIS DIROMPAK WARGA ASING



Nasib pelakon Sabri Yunus memang baik apabila dia terselamat daripada menjadi mangsa rompakan yang dilakukan oleh warga asing. Kejadian berlaku di rumahnya di Taman Mega Jaya, Ampang, pada pukul 11.50 malam kelmarin ketika dia sedang leka menonton televisyen.

"Apabila anak saya buka pintu, terlihat seorang lelaki yang tidak dikenali dan dia menutup terus pintu dengan kuat.





"Waktu itu saya suruh dia hubungi polis sebelum membuka pintu beberapa minit selepas itu dan mendapati lelaki itu sudah tiada," ujar Sabri.

Tambah penggiat seni itu, lelaki tersebut kemudian dikesan oleh jiran-jirannya menyorok di bumbung surau berdekatan.

"Saya dan jiran-jiran mencari di keliling surau tetapi selepas polis sampai, barulah kami nampak dia sudah pengsan selepas terjun dari bumbung surau.

"Polis beritahu saya lelaki itu adalah warga asing dari Myanmar," katanya yang meminta supaya pengawasan lebih ketat dilakukan di kawasan kejiranannya.

"Kawasan ini terlalu ramai warga asing. Mereka ini selalunya mabuk dan kebelakangan ini mengganggu masyarakat.

"Kalau boleh biarlah perkara ini diambil tindakan terlebih dahulu sebelum berleluasa dan menjadi lebih buruk," pintanya.


Sumber: Utusan


         ________________________





No comments: