20 April 2016

BERTUDUNG - AKHIRNYA REZEKI ALLAH MELIMPAH RUAH BUAT MIA SARA



Meskipun ada segelintir artis kita yang ragu-ragu mengenai kebaikan bertudung kerana bimbang pintu rezeki mereka tertutup, tetapi pelakon remaja Mia Sara membuktikan sebaliknya.

Terkini, dia bukan sahaja tampil sebagai usahawan berjaya dengan melancarkan produk tudung dan pakaian muslim terbaru MS Couture, malah dia mengakui tawaran berlakon juga makin banyak tanpa diduga.





"Saya sedih kerana teringat awal-awal kami menjual tudung ketika itu saya belum berhijrah (memakai tudung) lagi kira-kira pada Januari 2015.

"Masa itu kami ada kedai sendiri, namun ketika iu tudung tidak laku dan nak jual sehelai pun susah.

"Sampailah selepas balik umrah Disember tahun lalu saya terbuka hati untuk bertudung, daripada situ rezeki semakin murah dan Allah tunjuk jalan untuk berniaga," ujar Mia dipetik melalui Mstar.



Sehingga kini, jualan yang dilakukannya itu semakin meningkat sehingga tidak dapat menampung permintaan pembeli.

Terdahulu, menyentuh mengenai lakonan, Mia baharu sahaja selesai menjalani penggambaran drama Strawberry & Karipap.

"Alhamdulillah, masa saya beri kenyataan sudah kurang dapat tawaran berlakon selepas itu banyak pula yang datang.

"Saya pelik juga tawaran yang datang juga tidak minta saya buka tudung dan sesuaikan watak saya menjadi kanak-kanak bertudung," tambahnya penuh syukur.




Foto: Mia IG


         ________________________





No comments: