Mungkin bunyinya agak lucu... namun itulah hakikat terkini status Redza Minhat yang seolah menyindir penerbitan buku yang hanya berselfie dan berkapsyen ringkas oleh seseorang yang tidak dinyatakan namanya.
Namun begitu, banyak mata terus tertumpu ke arah Hafiz Hamidun yang baru sahaja melancarkan buku dengan tajuk Cerita Hati Hafiz Hamidun. Ini kerana mereka percaya yang status Redza itu pastinya ditujukan buat penyanyi nasyid dan penceramah itu.
Ini kerana, kandungan buku Hafiz dilihat dipenuhi dengan selfie dan diselitkan kata-kata berunsurkan motivasi yang ringkas.
Bagaimanapun, ada juga pihak yang memuji langkah Hafiz kerana keberaniannya menerbitkan buku seringkas itu, Kata mereka, buku yang mengambil kapsyen ataupun kata-kata daripada seseorang yang dikenali di media sosial memang menjadi trend di masa kini.
Kalau ia memang boleh dijual... apa salahnya ya tak? Heh.
Sumber: BN
________________________
Follow @myartisdotcom
No comments:
Post a Comment