19 April 2016

POSITIF DENGGI - RITA RUDAINI DIMASUKKAN KE WAD



Pada Sabtu lalu, Rita Rudaini, 40, telah dimasukkan ke wad di sebuah pusat perubatan kerana disahkan menghidap demam denggi.

Menurut Rita, pada mulanya dia mengalami sengal-sengal badan dan kesejukan sebelum bergegas ke hospital pada Jumaat malam lalu. Sejak berada di wad, badannya terlalu lemah dan bacaan darahnya juga rendah.





"Sejurus tiba di hospital, doktor meminta saya membuat pemeriksaan darah kerana bimbang saya terkena denggi. Hasil pemeriksaan darah saya positif dan terus dimasukkan ke wad.

"Setiap hari doktor membuat pemantauan bagi memastikan keadaan saya stabil. Doktor juga perlu memasukkan air ke dalam badan kerana tubuh saya terlalu lemah.

"Akibat daripada kesan suntikan membuatkan saya kurang selesa dan berasa sakit. Semalam saya langsung tidak boleh tidur," ujar Rita dipetik sebagai berkata.



Kata Rita, walaupun keadaan kesihatannya itu tidak menjejaskan aktiviti seninya kerana tidak terlibat dengan mana-mana penggambaran, terpaksa menunda perasmian pembukaan restoran miliknya yang sepatutnya diadakan Ahad ini.

Difahamkan, kedua-dua anaknnya kini dijaga ibu dan sepupunya dan setiap hari mereka akan datang melawatnya di hospital.

Dalam pada itu, Rita berkata yang doktor juga belum memaklumkan berapa lama lagi dia perlu ditahan di hospital.


Sumber: HM



         ________________________





No comments: