26 April 2016

DERITA KANSER PANKREAS - SAMANTHA SCHUBERT TINGGAL KENANGAN



Setelah menderita kanser pankreas sejak beberapa tahun lalu, akhirnya pelakon dan model Samantha Schubert meninggal dunia dalam usia 46 tahun.

Samantha meninggal dunia di Prince Court Medical Centre, kira-kira 7.16 malam semalam.





"Samantha sangat baik orangnya. Saya pernah bekerja dengannya dalam pementasan teater Natrah suatu ketika dahulu. Pada ketika itu, dia memegang peranan sebagai ibu saya.

"Tadi, apabila saya mendengar khabar menyedihkan ini, memang saya sangat terkejut. Saya harap, suami dan anak-anaknya tabah dengan pemergiannya," rakan baiknya, Maya Karin yang menyifatkan Samantha sebagai pelakon yang mudah didekati dan sangat ceria.

"Dia sangat ramah dan selesa mendekatinya. Ada rakan-rakan yang memaklumkan bahawa beberapa ketika sebelum dia menghembuskan nafas terakhir, dia sempat melancong ke beberapa tempat untuk melihat dunia," tambahnya.

Selain Maya, pelakon Tiara Jacquelina di laman Facebooknya turut terkejut dan sedih atas pemergian rakannya itu.

Untuk info, antara filem lakonan Samantha ialah The Red Kebaya, Red Scorpion 2 (1994), Amok (1997) dan The Red Kebaya (2006). Selain itu, Samantha juga merupakan bekas Ratu Malaysia/Dunia pada 1991.


Sumber: HM


         ________________________





No comments: