12 April 2016

ENGGAN SEKSI LAGI - MARSHA MAHU BERTUDUNG SEIKHLAS HATI



Kerana faktor usia yang sudah meningkat, Marsha Milan Londoh tidak mahu lagi mengenakan pakaian seksi seperti dahulu. Bukan itu sahaja, imejnya yang terkini iaitu menganut agama Islam dan menjadi isteri kepada Mohamed Shaiful Nizam turut menjadi faktor.

"Usia sudah 30 tahun, kadang-kadang terfikir juga sampai bila saya hendak seksi lagi kan. Sudah tiba masanya untuk saya lebih serius dengan karakter dan imej terkini selain mengetahui batasan sebagai seorang isteri.





"Tidak mahulah kita bertudung sebab dipaksa, nanti niat hendak tutup aurat jadi macam tidak ikhlas, lagi-lagi saya merupakan seorang mualaf.

"Keinginan ingin berubah juga bukan dari kehendak suami tetapi lebih kepada kemahuan sendiri. Saya mahu bertudung di atas hati yang ikhlas dan bukanlah di atas desakan dan paksaan dari mana-mana pihak," ujar Marsha dipetik sebagai berkata.





         ________________________





No comments: